Saturday, November 1, 2008

Penat Seharian

Hari ni jadual penuh dari pagi sampai mlm.Pagi kami keluar berjalan-jalan di Tesco Puchong sampai ke tengahari.Cuba survey kamera, sb dah lama sangat dah teringin nk beli, asyik dok tangguh je, so hari ni ada masa sikit sempat la beli..Ingat nk beli nikon...last beli olympus...sb bila compare cam bagus je dia punya function and friendly user..

Tapi tak sempat lagi nak guna, so lain kali laa kita test..Sebab penat sangat shopping sakan, kami terus lunch di McDonald dalam Tesco. Sampai rumah pukul 3, Uwais dan Qistina merengek nak mandi kolam yang baru dibeli..tak sabar mereka..terpaksa ikut kehendak anak-anak.Samalah macam kita bila dapat benda baru,mesti tak sabar-sabar nak cuba..

Dah penat ingatkan boleh berehat, tp ada lagi undangan open house dr jiran yg tak boleh ditolak. Kami singgah sekejap sahaja sekadar bertemu mata. Lagipun ada satu undangan birthday party dr abg pd belah malam.Fadhil pulak akan bertolak balik ke kelantan.


Di birthday party tasha malamnya agak besar dengan jamuan bufet dan kambing golek. Ramai tetamu siap ada Clown, DJ, permainan dan cabutan bertuah. Kanak-kanak lah yang paling gembira, tp ada juga yg menangis. Ini semua disebabkan kehadiran clown. Qistina dan nabil terlampau takut sampai tak mahu bermain.

Jam 9.30 malam, kami balik dan bermalam dirumah k.chik..Semua kepenatan dan tidur.....